Politik

MCA belum muktamadkan calon pilihan raya Johor

PETALING JAYA: MCA masih belum memuktamadkan barisan calonnya untuk pilihan raya Johor akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional negeri Hasni Mohammad ketika mengumumkan calon gabungan itu untuk pilihan raya.

Umno akan bertanding di 37 kerusi, MCA 15 dan MIC empat.

Hasni, calon menteri besar BN, berkata MCA mahu memastikan calonnya dapat memenuhi matlamat gabungan itu dalam pilihan raya, walaupun Umno dan MIC sudah memuktamadkan barisan mereka.

Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata lebih 70 peratus calon BN untuk pilihan raya akan terdiri daripada muka baharu.

Beliau juga berkata lebih 80% calon berumur 55 tahun ke bawah dan memiliki kelayakan akademik yang tinggi.

“Kami berharap mereka adalah pengubah permainan tetapi, pada masa yang sama, mereka yang lebih berpengalaman akan terus berkhidmat untuk memastikan kesinambungan usaha kami untuk meletakkan Johor antara negeri teratas di Malaysia,” katanya.

Antara nama paling terkenal yang akan bertanding pada pemilihan 12 Mac ini ialah ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi (Rengit) dan senator Jefridin Atan (Kukup).

Berikut adalah senarai calon BN:
• Buloh Kasap – Zahari Sarip
• Jementah – MCA
• Pemanis – Anuar Abd Manap
• Kemelah – N Saraswathy
• Tenang – Haslinda Salleh
• Bekok – MCA
• Bukit Kepong – Ismail Mohamad
• Bukit Pasir – Mohamad Fazli Mohamad Salleh
• Gambir – Shahrihan Jani
• Tangkak – MCA
• Serom – Kharinnisa Ismail
• Semerah – Mohd Fared Md Khalid
• Bentayan – MCA
• Simpang Jeram – Lokman Md Dun
• Bukit Naning – Md Fuad Tukirin
• Maharani – Noor Farah Shamsudin
• Sungai Balang – Mohd Helmy Abd Latif
• Sri Medan – Zulkurnain Kamisan
• Yong Peng – MCA
• Semarang – Samsol Bari Jamali
• Parit Yaani – Najib Samuri
• Parit Raja – Rashidah Ramli
• Penggaram – MCA
• Senggarang – Mohd Yusla Ismail
• Rengit – Puad Zarkashi
• Machap – Onn Hafiz Ghazi
• Layang Layang – Haji Mutalif Rahim
• Mengkibol – MCA
• Mahkota – Sharifah Azizah
• Paloh – MCA
• Kahang – Vidyananthan Ramanadhan
• Endau – Yuzaimi Md Yusof
• Tenggaroh – Raven Kumar Krishnasamy
• Panti – Hahasrin Hashim
• Pasir Raja – Rashidah Ismail
• Sedili – Muszaide Makmur
• Johor Lama – Noorliza Noh
• Penawar – Fauziah Misri
• Tanjung Surat – Syed Sis Abd Rahman
• Tiram – Azizul Bachok
• Puteri Wangsa – MCA
• Johor Jaya – MCA
• Permas – Baharuddin Md Taib
• Larkin – Md Hairi Md Shah
• Stulang – MCA
• Perling – MCA
• Kempas – Ramli Rohani
• Skudai – MCA
• Kota Iskandar – Pandak Ahmad
• Bukit Permai – Md Jafny Md Shukor

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button