NasionalRencana

Seronok dapat bercuti ke luar negara

ulama

BILA heboh cerita timbalan menteri bercuti ke luar negara selama 55 hari, ramai yang rasa cemburukan.

Apatah lagi bercuti ke negara yang sangat tegas dalam menangani wabak Covid-19, berbanding negara kita.

Ramai yang menerawang fikiran, dan mengimbau kenangan manis ketika kita semua bebas terbang ke makan angin ke luar dan dalam negara.

Tapi yang tak bagusnya menteri bercuti selama 55 hari ketika anggota barisan hadapan terpaksa bertungkus-lumus berjuang menentang wabak maut yang menular dengan ganas yang juga berpunca daripada rakusnya orang politik berpolitik tanpa menjaga prosedur yang ditetapkan.

Akhirnya bila wabak menular dengan ganas, rakyatlah yang berdepan dengan kesusahan selain diancam wabak, ramai juga sudah kehilangan pekerjaan dan tidak tahu apa lagi yang bakal dihadapi selepas ini.

Orang politik seperti biasa sibuk dengan percaturan mengekalkan kekuasaan masing-masing. Ada yang melompat selepas dipancing untuk mengekalkan majoriti mudah kerajaan hari ini. Ada pula melompat parti kerana hilang keyakinan kepada pemimpin masing-masing.

Cuba kita lihat bagaimana negara lain menangani wabak pandemik ini. New Zealand Sabtu lalu melaksanakan perintah berkurung di Auckland iaitu bandar terbesar di negara itu, apabila satu kes dikesan.

Di negara kita pula ketika kes berjumlah angka ribuan, kita melaksanakan darurat yang menimbulkan rasa tidak senang oleh pelbagai pihak.

Pada masa yang sama tiada tindakan tegas mengekang pergerakan masyarakat secara besar-besaran.

Sebenarnya perintah berkurung dalam tempoh singkat adalah langkah paling berkesan daripada tindakan yang tidak tegas menyebabkan negara terus berdepan ancaman wabak berbulan-bulan lamanya.

Jacinda Ardern mengumumkan Auckland ditutup selama seminggu mulai semalam setelah satu kes dikesan dan tidak diketahui asalnya.

Ini berlaku dua minggu setelah hampir 2 juta penduduk Auckland terjebak dalam lokap tiga hari ketika sebuah keluarga didiagnosis dengan varian coronavirus di UK yang lebih mudah ditularkan.

Pesakit mengalami gejala pada hari Selasa dan dianggap berpotensi menular sejak hari Ahad, kata pegawai. Orang itu telah mengunjungi beberapa tempat awam dalam tempoh tersebut.

Penguncian, dengan sekatan Tahap 3, akan membolehkan orang meninggalkan rumah hanya untuk membeli-belah dan kerja-kerja penting.

Tempat awam akan ditutup. Sekatan di seluruh negara akan diperketat kepada sekatan Tahap 2, termasuk had untuk perhimpunan awam.

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button