Ekonomi

Harga minyak naik

PETALING JAYA: Harga RON97 akan meningkat tiga sen kepada RM3.03 seliter, umum kementerian kewangan hari ini.

Harga RON95 tidak berubah dan akan terus dijual pada harga RM2.05 seliter. Harga diesel juga kekal pada RM2.15 seliter.

Harga ini akan berkuat kuasa dari tengah malam hingga 12 Jan 2022.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran (diperolehi daripada mekanisme penetapan harga automatik) bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button