Politik

Sokongan padu buat PM Ismail Sabri Yaakob

MESYUARAT Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang diadakan hari ini oleh Ketuanya, Tan Sri Annuar Musa bersetuju memberi  mandat dan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

MENYEDARI bahawa UMNO dan negara melalui Ismail Sabri yang mentadbir sejak Ogos lalu telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik maka sokongan dan mandat untuk beliau meneruskan kepimpinan dan pentadbirannya ditonjolkan menerusi Aspirasi Keluarga Malaysia.

Menurut hemat penganalisa politik, Datuk Saiful Baha Arshad, berdasarkan mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh, berikut adalah jisim yang harus dicerna bagi memastikan dasar dan rancangan yang diatur oleh kerajaan berada di landasan yang betul.

MEMAHAMI bahawa negara sedang melalui fasa pemulihan dan Perdana Menteri sedang giat melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial berteraskan konsep dan aspirasi Keluarga Malaysia.

MENGINSAFI bahawa rakyat masih belum selamat sepenuhnya daripada ancaman pandemik Covid-19 dan keselamatan nyawa serta kesejahteraan rakyat mesti diutamakan berbanding perkara-perkara lain.

MAKA Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang bersidang hari ini, dengan ini mengambil ketetapan berikut :-

  1. Menyokong penuh kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia dan usaha-usaha beliau untuk memulihkan kembali Negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.
  2. Bersetuju memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan pentadbiran negara dan melaksanakan agenda Pemulihan Negara berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia sehingga tamat tempoh penggal Parlimen Ke-14 pada tahun 2023.
  3. Menyarankan agar sepanjang tempoh ini, pemimpin dan ahli UMNO memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan dan mengukuhkan parti, merapatkan saf dan meningkatkan perpaduan sesama ahli serta berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dan pengundi.
  4. Menegaskan bahawa UMNO perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara.
  5. Tahun 2022 adalah tahun WAJIB DIADAKAN PEMILIHAN DI SEMUA PERINGKAT PARTI DAN TIDAK BOLEH LEWAT DARI NOVEMBER 2022. Justeru parti perlu menyegerakan proses tersebut AGAR SETIAP LAPISAN KEPIMPINAN DI CAWANGAN, BAHAGIAN DAN MKT (Majlis Kerja Tertinggi) mendapat mandat ahli utk melangkah menuju PRU-15 yang tempohnya sehingga 2023. Mandat ahli amat penting dalam proses merekayasa parti, meningkatkan integriti, serta memperkasa saf pimpinan bagi menjamin penerimaan rakyat dan memenangkan parti dlm PRU 2023. – SM
(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button