Politik

Banjir: PAU ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 13 hingga 15 Jan tahun depan ditangguhkan, disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Beliau berkata Perhimpunan Agung UMNO 2021 itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka,” katanya dalam kenyataan di laman twitternya.
Beliau berkata terdapat Bahagian seperti Kota Raja dan Klang di Selangor, masih tidak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.
Menurutnya Perhimpunan Agung UMNO kebiasaannya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.
— BERNAMA

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button