Nasional

Tempoh kuarantin pengembara dari luar dinaikkan

Majlis Keselamatan Negara memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan.

Sebelum ini tempoh kuarantin terhadap pengembara dari negara itu hanya selama 14 hari dan telah dinaikkan kepada 21 hari bermula hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, semua pengembara juga perlu menjalani ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum berlepas. Hanya mereka yang mendapat keputusan ujian negatif sahaja boleh menaiki penerbangan untuk masuk ke Malaysia.

Pengembara perlu juga menjalani ujian pengesanan RT-PCR Covud-19 semasa tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia.

“Pelaksanaan arahan kuarantin wajib selama tempoh 21 hari ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke Malaysia yang tiba dari India adalah dikekalkan.

“Tempoh kuarantin wajib dari semua negara lain dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan,” katanya.

Ismail Sabri menegaskan, tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama 7 hari lagi sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang telah dijalankan pada hari ke-14.

Kuarantin tambahan tersebut akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama. Ujian ulangan RT-PCR Covid-19 akan dilakukan pada hari ke-10.

Ismail Sabri berkata, sekiranya tempoh kuarantin dilanjutkan sehingga 21 hari ujian ulangan RT-PCR Covid-19 dibuat pada hari ke18.

Pelaksanaan peraturan itu berkuatkuasa serta merta.-SM

 

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button