Ekonomi

Harga Ayam Naik Mencecah Hampir RM11 Sekilo Bermula 1 Julai

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa harga ayam tidak akan naik secara mendadak dan paling maksimum akan berlegar sekitar RM10 sekilogram.

Berbanding sebelum ini, harga ayam adalah pada paras RM8.90 dan selepas kerajaan mengambil langkah pemansuhan subsidi, ia kini ditentukan sepenuhnya oleh pihak industri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemansuhan subsidi itu memang tidak boleh menolak akan berlakunya sedikit kenaikan pada harga beberapa barangan.

Namun untuk bercakap lebih lanjut mengenai kenaikan tersebut, ia agak sukar buat masa ini kerana apabila harga kawalan ditarik, harga akan diapungkan mengikut pasaran.

(Visited 218 times, 9 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button