Nasional

Harga ayam naik kerana bekalan kurang?

RM9.50 sekilogram

MASALAH harga barangan naik bukanlah satu permasalahan yang baharu dan hari ini, dikhabarkan harga ayam naik sehingga mencecah RM9.50 sekilogram.

Retorik kenaikan harga ayam dikaitkan dengan bulan puasa, musim perayaan iaitu Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Alasan kenaikan harga ayam paling cliché ialah peniaga berdepan dengan kenaikan harga daripada pihak pemborong yang memperoleh harga ayam lebih tinggi daripada pihak pembekal iaitu dari ladang ayam.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang peniaga berkata, mereka sudah menjangkakan keadaan ini berlaku sepanjang musim perayaan.

“Dan pembekal terpaksa menampung kos sepanjang pelaksanaan skim kawalan harga,” kata peniaga berkenaan.

Peniaga terpaksa menaikkan harga ayam kepada pelanggan disebabkan harga jualan runcit berasaskan harga ayam di ladang yang ditawarkan pemborong.

Menurut peniaga yang ditemubual oleh Sinar Harian itu lagi, semua harga berdasarkan harga daripada pembekal dan pembekal menaikkan harga setiap kali puasa.

Jadi, peruncit terpaksa naikkan juga harga selain alasan, bekalan ayam kurang. – SM

(Visited 400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button