Politik

Mampukah BERSATU berdiri sendiri tanpa sekutu?

ANALISIS

Oleh Nazrin Norani

SATU-satunya sebab BERSATU mampu menang kerusi-kerusi mereka pada PRU 14 adalah kerana undi daripada penyokong PH.

Satu-satunya sebab kenapa kerusi BERSATU bertambah adalah kerana MP-MP yang melompat kedalam BERSATU.

Satu-satunya sebab kenapa Muhyidin mampu menubuhkan kerajaan adalah kerana sokongan daripada MP-MP yang lain.

Sekiranya berlangsung PRU lagi sekali, tanpa faktor-faktor di atas, kem Muhyidin dan Azmin belum tentu akan menang dengan jumlah kerusi yang sepatutnya.

Tanpa sokongan dari penyokong PH dan MN, mustahil calon BERSATU mampu memberi sebarang saingan kepada MN atau PH.

BERSATU dan kem Azmin hampir tiada atau langsung tiada jentera diperingkat bawahan.

Sebagai contoh, program Azmin baru-baru ini di Pulau Pinang , tiada sambutan. Sebagai seorang Menteri Kanan yang duduk di pejabat dan rumah Timbalan Perdana Menteri, agak pelik bila majlis pemberian sumbangan langsung tidak dihadiri akar umbi UMNO dan PAS. Daripada lebih seribu jemputan, hanya seratus lebih yang hadir. Isyarat yang cukup jelas.

Survivability BERSATU bergantung sepenuhnya kepada kebergantungan BERSATU kepada sekutunya.

BERSATU akan melakukan apa sahaja demi memastikan sekutu mereka tunduk kepada gabungan politik mereka. Bukan saja-saja jawatan Kementerian Dalam Negeri dipegang oleh MP BERSATU.

Maka janganlah pelik bila tindakan mereka akan lebih ekstrem bila hampir dengan PRU nanti. Haiwan yang terdesak, akan jadi lebih merbahaya. Tak mustahil, UMNO, sebagai sebuah pertubuhan politik, yang namanya terpalit dengan pertuduhan ke atas DSN, boleh diserang.

Sementara itu, ada beberapa lagi cabaran besar menanti kerajaan Muhyidin. Perbahasan Bajet Tambahan Covid-19 dan perbahasan Belanjawan 2021. Berdasarkan jumlah undi dalam menyokong usul perlantikan YDP Dewan Rakyat yang baru, margin undi sangat tipis. Maka situasi yang sama akan dilalui ketika usul menyokong atau menolak belanjawan dibentangkan. Kegagalan meluluskan usul, hanya akan diterjemahkan sebagai hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyidin.

Akar umbi harus bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kukuhkan nawaitu kita, pendirian kita dan jangan mudah terpesong dari landasan perjuangan. INGAT, UMNO ditubuhkan untuk memimpin bangsa kita, bukan sekadar alat atau tunggangan untuk sesiapa. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button