Politik

PN perlu persiap untuk capai kejayaan lebih besar

Persiapkan tawaran baharu untuk seluruh rakyat

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perikatan Nasional (PN) perlu terus bergerak kehadapan untuk menjadi satu gabungan parti parti politik yang lebih besar, lebih inklusif dalam membina Malaysia masa hadapan.

Jelasnya, PN mesti membina sensitiviti kepada cita rasa “Bangsa Malaysia” yang sesuai untuk Semenanjung Tanah Melayu, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.

Katanya lagi, PN juga perlu persiapkan tawaran baharu untuk rakyat secara bersungguh sungguh yang mencakupi bidang ekonomi rakyat, ekonomi negara, pendidikan,agama, serta segala aspek keperluan kerohanian, sosial dan kesejahteraan rakyat.

“Perikatan Nasional perlu terus dipersiapkan untuk menjadi satu gabungan parti politik yang lebih besar, lebih inklusif dan sesuai untuk Semenanjung Tanah Melayu, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.

“Perikatan Nasional mesti membina sensitiviti kepada cita rasa “Bangsa Malaysia”
Teras kepada falsafah politik Perikatan Nasional mestilah roh dan semangat Perlembangaan dan Rukun Negara itu sendiri.

“Dalam pada itu Perikatan Nasional perlu persiapkan tawaran baru untuk rakyat secara bersungguh sungguh mencakupi bidang ekonomi rakyat, ekonomi negara, pendidikan,agama, serta segala aspek keperluan kerohanian, sosial dan kesejahteraan rakyat.

“Teras kepada keutuhan politik negara pimpinan Perikatan Nasional mesti bermula dengan perpaduan dan penyatuan Melayu dan bumiputera itu sendiri serta kerangka politik yang inklusif.” kata Annuar Musa menerusi catatan Facebooknya, pada Rabu.

Mengenai keputusan Pilihan Raya 6 negeri, Annuar Musa berkata, orang Melayu/bumiputera dan rakyat pelbagai kaum yang berfikiran sederhana kekal bersatu padu dan menunjukkan ketahanan politik yang memberansangkan.

Jelasnya, semenjak Pilihan Raya Umum-15 (PRU15), ‘trend’ di mana manipulasi dan konspirasi pemimpun di atas tidak mengubah pendirian rakyat di bawah.

“Alhamdulillah, dari keputusan PRN 6 negeri, ketara orang Melayu/bumiputera dan rakyat pelbagai kaum yang berfikiran sederhana kekal bersatupadu dan menunjukkan ketahanan politik yang memberangsangkan.”

“Trend ini boleh dilihat sejak PRU 15 lagi, di mana manipulasi dan konspirasi pemimpin di atas tidak mengubah pendirian rakyat di bawah”

“Rakyat kekal mendokong Muafakat, menolak kleptokrat, kakistokrat dan tidak terpedaya dengan retorik pemimpin dan ugutan kerajaan. Soal “integrity” yang sebenar kekal keutamaan di hati rakyat.”

“Asas asas ini akan terus dibawa ke hadapan dalam membina Malaysia masa hadapan.

Semangat Muafakat Nasional dan piagamnya perlu terus disuburkan dan kekal terbuka untuk semua. INSYAALLAH.” ujar Annuar Musa.

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button