Nasional

Pertukaran Ketua Polis Johor: Nak kaitkan dengan insiden itu, terpulang, kata KPN

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, terpulang untuk masyarakat mengaitkan pertukaran Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din ke Bukit Aman dengan ‘insiden itu’.

Manurut Abdul Hamid, sukar baginya untuk menepis sebarang persepsi berkaitan arahan pertukaran ketua polis Johor yang “kebetulan” berlaku selepas insiden serangan terhadap seorang menteri persekutuan baru-baru ini.

Menurut Abdul Hamid, pertukaran Mohd Kamarudin Md Din yang mempunyai “kepakaran dalam jenayah siber” ke Bukit Aman adalah bertepatan kerana jenayah tersebut kini menjadi ancaman.

“Tetapi kalau nak kaitkan dengan insiden itu, terpulang kepada penilaian anda,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Tempat Mohd Kamarudin  kini digantikan Ketua Penolong Pengarah E8 (anti-pengganas) Cawangan Khas Ayob Khan Mydin Pitchay yang kini menjadi ketua Polis Johor.

Pertukaran Kamaruddin dari ketua polis Johor ke Bahagian Pentadbiran di Jabatan Pengurusan, Bukit Aman diumumkan semalam. Pertukaran itu berkuat kuasa 6 Mac ini.

Keputusan penukaran itu selepas hampir seminggu selepas dakwaan polis tidak berbuat apa-apa apabila sekumpulan orang berhimpun di sebuah restoran di Ulu Tiram pada 31 Januari di mana Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyertai acara bersama Pemuda PPBM.

Dalam kejadian itu Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Bersatu terpaksa melarikan diri daripada kumpulan yang bertindak agresif tersebut dan gambar Ahli Parlimen Muar itu menanjat pagar untuk menyelamatkan diri tular di media sosial.

Syed Saddiq berkata dia akur dengan nasihat polis dan juga penganjur yang berada di tempat kejadian tersebut ketika itu bagi mengelak dia daripada bertembung dengan kumpulan yang dipercayai cuba menyerangnya pada majlis tersebut.

“Pihak penganjur dan polis berada di sana ketika itu, dan memberitahu jika kami berdepan dengan mereka (kumpulan berkenaan), situasi akan jadi lebih buruk.

“Jelas sekali kami tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal dan itu adalah perkara terakhir yang kami mahu berlaku,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di ibu negara pada Ahad lalu.-SM

 

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button