Ekonomi

Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima dalam penerbangan AirAsia

SEBAGAI persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima pelanggan dewasa yang telah divaksin sepenuhnya  dalam penerbangannya, berkuat kuasa serta-merta.

Para pelanggan di bawah umur 18 tahun yang belum divaksin atau mendapat vaksinasi sepenuhnya mestilah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah divaksin sepenuhnya.

Ini adalah sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 oleh AirAsia untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.

Semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.

AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan mereka melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan kami seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas dan merupakan kunci untuk membendung penyebaran Covid-19 dan virus lain. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.


Para tetamu hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar mereka dan memanfaatkan aplikasi tersebut sepenuhnya.

Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang mereka perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.

“Para tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”

AirAsia telah melaksanakan prosedur operasi standard yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa.

Ciri-ciri keselamatan di dalam penerbangan itu sendiri di mana udara di dalam pesawat mengalir dari siling ke bawah menjadikan udara di dalam kabin sama seperti di hospital.

Tidak hairanlah sistem penerbangan diperakui sebagai kaedah pengangkutan yang paling selamat di dunia, seperti mana yang dibuktikan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan antarabangsa.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button