Nasional

Hanya SPBYDP Agong boleh pecat saya – Azam Baki

HANYA Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh pecat saya. Begitu kata Tan Sri Azam Baki kepada Sinar Daily, hari ini.

Dipalit dengan isu panas lagi kontroversi sejak kebelakangan ini berhubung jutaan saham korporat di mana adiknya menggunakan akaun beliau pada tahun 2015, Azam tidak membayangkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga berkata, isu panas itu sedikitpun tidak dihiraukannya terutamanya dakwaan beliau mempunyai kepentingan saham di beberapa syarikat.

“Saya berdiri tegas, saya tidak perlu meletak jawatan.

“Jika saya perlu meletak jawatan, individu yang boleh melucutkan jawatan saya ialah Yang di-Pertuan Agong,” tegas Azam.

Beliau berkata, umum boleh kata apa yang mereka mahu atau mendesak apa-apa sahaja namun beliau juga berhak untuk memperkatakan apa yang diinginkannya.

Azam meminta orang ramai supaya bertenang sambil menambah, suatu hari nanti, kebenaran akan terbukti.

“Akan tiba satu peringkat orang ramai akan tahu perkara sebenar.

“Sebagai pejawat awam, ada protokol yang perlu saya patuhi dan saya harap semuanya bertenang.

“Saya tidak meminta mana-mana pihak menyebelahi saya tetapi suatu hari nanti, apa bila tiba masanya, masa yang sesuai dan tepat, saya akan nyatakan kebenarannya.

“Buat masa sekarang biarlah mereka yang berkenaan seperti stakeholder, menilai siatuasi (kes beliau),” kata Azam.

Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik mendesak Azam meletak jawatan kerana ia membabitkan imej SPRM dan kredibiliti agensi berkenaan turut dilihat umpama berada di hujung tanduk.

Ramai yang mempersoalkan kredibiliti Azam dalam menjalankan sisatan jika beliau sendiri sedang disiasat.

Dalam sidang akhbar pada 5 Januari lalu, Azam berkata, sekiranya saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya, Nasir Baki dengan menggunakan dana sendiri dan saham syarikat yang dibeli oleh adiknya itu tidak ada kena mengena dengan siasatan SPRM. – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button