Politik

Hanya Pejuang bersih dan bebas rasuah – Tun Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad meramalkan jika berlaku pertukaran kerajaan di Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac ini maka kemungkinan besar bakal berlaku perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi parti Pejuang itu berkata, jika berlaku pertukaran Kerajaan Negeri Johor, akan tamatlah kleptokrasi di Malaysia dan dunia akan lihat kembalinya Harimau Asia.

“Ini bukan angan-angan. Ini mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia, bermula dengan rakyat Johor. Rakyat seluruh negara memerhati PRN Johor. Berilah panduan yang baik kepada mereka,” katanya.

Beliau mendakwa, hanya pemimpin Pejuang bersih dan bebas daripada rasuah tidak seperti UMNO dan Bersatu yang saling “melondehkan” salah laku parti lawan ketika berkempen untuk PRN Johor.

Tun Mahathir berkata, “Kita boleh kenal parti rasuah kerana mereka mendedahkan kesalahan mereka semasa berkempen.”

Mahathir turut membidas bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan berkata, PRN pada 12 Mac ini tidak bermakna jika “parti korup terus dipilih”.

Kata Tun Mahathir lagi, terdapat dua “kumpulan” yang bertanding dalam PRN Johor iaitu parti yang kalah pada PRU14 kerana korup dan satu lagi kumpulan ialah parti baharu yang tiada sejarah salah guna kuasa,iaitu Pejuang dan parti kecil lain.

“Di antara mereka, hanya Pejuang yang meletak calon mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Jika Pejuang dipilih maka akan berlaku pertukaran daripada buruk kepada bersih. Negara akan bebas daripada rasuah, sesuatu yang diperjuang oleh Pejuang,” katanya. – SM

 

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button