Politik

Farhash beri laluan Saifuddin cabar Rafizi jawatan nombor dua

FARHASH Wafa Salvador hari ini mengesahkan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden bagi mencabar Rafizi Ramli.

Dalam sidang media hari ini selepas menyerahkan borang pencalonannya, Farhash yang juga bekas Ketua PKR Perak berkata, pengundurannya daripada bertanding jawatan nombor dua dalam parti sekali gus memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution untuk berentap dengan Rafizi.

“Hari ini saya hantar borang pencalonan untuk bertanding Naib Presiden,” katanya ringkas.

Beliau mengakui akar umbi menyokongnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, bagaimanapun menghormati keputusan Saifuddin yang ingin bertanding jawatan nombor dua itu.

“Saya bagi laluan kepada Saifuddin untuk bertanding Timbalan Presiden melawan Rafizi Ramli. Sokongan saya teranglah, kalau bagi laluan kepadanya, bagi sokongan kepadanya,” kata Farhash yang turut menyatakan sokongannya terhadap Adam Adli sebagai Ketua AMK.

Farhash turut mengesahkan akan berdepan dengan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari bagi merebut jawatan Ketua Cabang Gombak pada pemilihan bagi sesi 2022-2025.

Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Rafizi kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden kosong sejak dua tahun lalu selepas Azmin dipecat oleh parti itu pada 24 Februari 2020. – FMT – SM

 

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button