Ekonomi

MGRC RAIH KONTRAK PEMANTAUAN COVID-19

PETALING JAYA 4 April 2022 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar genom dan biofarmaseutikal utama, telah dianugerahkan kontrak pemantauan COVID-19 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), baru-baru ini.

Kontrak tersebut telah dianugerahkan oleh bahagian penyelidikan bioperubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di mana MGRC merupakan salah satu daripada makmal swasta yang digunakan oleh IMR sebagai penyumberan luar bagi pemantauan genom SARS-CoV2.

Pengarah Eksekutif MGRC, Datuk Alvin Nesakumar berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyokong IMR dan KKM dalam usaha penting bagi memantau evolusi virus COVID-19, varian dan sub variannya.

“Dengan kepakaran dan pengetahuan kami dalam bidang genom dan bioinformatik, kami akan dapat membantu IMR menjejak dan mengesan virus dan apa-apa varian yang dibimbangi yang perlu Kerajaan ketahui, sebagai persediaan,” katanya di dalam kenyataan di sini hari ini.

MGRC, yang makmal selnya adalah milik persendirian dengan kemudahan BioSafety Level 2 (BSL-2) di Malaysia dengan pensijilan Current Good Manufacturing Practice (cGMP), sedang bersedia menjadi penyedia penjagaan kesihatan utama melalui pengeluaran sel CAR T bagi imunoterapi kanser pepejal, serta perkhidmatan kejuruteraan sel lain.

Pensijilan BSL-2 dan cGMP menunjukkan bahawa kemudahan makmal berkenaan menggunakan kaedah ketat bagi standard pengurungan bio dan persekitaran makmal ultra tulen bagi melakukan kerja-kerja ke atas sel manusia dengan selamat.

Kumpulan ini juga menerima pensijilan ISO 9001:2015, ISO 15189:2014 dan ISO 17025:2017 di bawah Sistem Pengurusan Bersepadu.

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button