NasionalPolitik

Undi awal hari ini, 260 pusat mengundi, 377 saluran awal dibuka 8 pagi

SEBANYAK 260 pusat mengundi awal dengan 377 tempat mengundi atau saluran awal dibuka serentak bermula jam 8 pagi tadi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Turut dibuka, tiga pusat mengundi awal di IPK Terengganu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang turut diadakan serentak dengan PRN.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi bagi Undi Awal sehingga jam 9.00 pagi adalah seperti berikut:

PRU DUN Ke-15

Kedah : 22%

Kelantan : 23%

Terengganu : 20%

Pulau Pinang : 22%

Selangor : 17%

N.Sembilan : 19%

PRK P.036 Kuala Terengganu : 16% – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button