AgamaNasional

Penjana HRDF tawar gaji permulaan RM1,800 hingga RM7,000

PILIHANINISIATIF Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) menawarkan pekerjaan bergaji RM1,800 hingga RM7,000 bagi individu yang menjalani latihan di bawahnya.

Pada peringkat permulaan, seramai 50 orang dalam 15,000 rakyat Malaysia menerima surat tawaran pekerjaan sementara yang lain akan menjalani latihan dalam masa terdekat.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Sumber Manusia melalui HRDF bagi membantu rakyat Malaysia dan majikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bagi mengimbangi impak tersebut, kos bagi latihan yang perlu dijalani peserta akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Dianggarkan jumlah kos bagi setiap peserta adalah RM5,000 sementara latihan melibatkan teknikal pula sebanyak RM7,000 seorang.

“Di bawah inisiatif ini, seseorang individu itu bukan sahaja akan mendapat pekerjaan, tetapi mereka juga akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan.

“Kos latihan pula ditanggung sepenuhnya oleh HRDF, melalui peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan perdana menteri.

“Lima skim diperkenalkan iaitu Place and Train, SME Development, Industry Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).

“Sehingga 15 Ogos, HRDF menerima sebanyak 9,239 kertas cadangan yang melibatkan 2,548 majikan yang akan menawarkan penempatan kepada pencari kerja.

“Justeru, 15,000 rakyat Malaysia akan menjalani latihan kurang daripada setengah bulan.

“Sebaik selesai, mereka akan mula bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan, dengan kadar gaji bermula antara RM1,800 hingga RM7,000 sebulan.”

Demikian ucapan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan  Penjana HRDF di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad  dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Terdahulu, M Saravanan melancarkan Inisiatif Penjana HRDF susulan pengumuman pemulihan ekonomi jangka pendek oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelan pemulihan ini merupakan rancangan komprehensif oleh kerajaan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Ia termasuklah mengurangkan impak yang diakibatkan daripada Covid-19 seperti pemberian subsidi gaji, latihan dan peningkatan kemahiran, penangguhan cukai kepada pelabur dan geran serta pelbagai inisiatif lain.

Menerusi Inisiatif Penjana HRDF, dijangkakan sebanyak 244,207 pelatih akan menjalani latihan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tapah itu turut menasihatkan supaya program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pencari kerja dan majikan dalam merancakkan semula ekonomi negara.

Tambahnya, satu laman khas dalam talian diwujudkan bagi menyampaikan maklumat berkaitan latihan dan program Upskilling serta Reskilling.

“Satu landing page diwujudkan untuk menyediakan akses muda berkaitan semua maklumat program, di bawah Penjana dalam memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pelatih diambil bekerja selepas tempoh latihan.

“Saya percaya jita dapat menjayakan visi ini, kerana setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dalam membantu membangunkan ekonomi negara,” ujarnya.

Di samping itu, M. Saravanan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak HRDF yang menjayakan program Penjana walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Apa yang saya ingin nyatakan ialah, kejayaan dalam mengurus dan memproses lebih 9,000 kertas cadangan serta kerjasama yang terjalin dengan majikan terpilih.

“Ini satu pencapaian yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada HRDF dan semua warga kerjanya,” katanya. – SM

(Visited 792 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button