Sukan

Hanya 16 saat, Jojo terima habuan RM44,000 dalam ONE Championship

Seorang remaja Malaysia dari Sarawak, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 16, membuat kejutan apabila hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berusia 18 tahun, Padetsuk Fairtex, Thailand.

Lebih menarik, Muhammad Johan atau lebih mesra dengan panggilan Jojo tampil dalam persembahan sulungnya dalam pertandingan ONE Championship dengan pukulan ‘knockout (K.O) yang sungguh luar biasa.

Muncul di arena pertandingan ONE Championship sememangnya merupakan impian Jojo namun kelajuan pukulan K.O yang dilepaskannya adalah sesuatu yang diluar jangkaan.

Namun setelah menjalani latihan intensif selama satu setengah bulan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi pihak lawan dalam ONE Championship, ia bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Dedah Jojo yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap, dia berlatih kira-kira lapan jam sehari yang dibahagikan kepada empat jam pagi bermula dari 6 pagi dan empat jam petang bermula dari 4 petang.

Atas kemenangan itu, Jojo yang juga merupakan atlet kebangsaan Sarawak itu berjaya merima habuan berjumlah 350,000 baht (RM44,000) sebagai bonus atas prestasi cemerlangnya.

Dalam masa sama, Jojo turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya, Addy Singpayak menjadi seorang jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan dirinya berlatih secara konsisten.

Tahun lalu, Jojo memenangi kejuaraan kategori 14-15 (bawah 60kg) pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selain menyumbang pingat emas Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 untuk Sarawak.

(Visited 11,615 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button