NasionalNegeri

Hanya 12 warga Thai masuk Malaysia melalui Wang Kelian

SELEPAS enam jam pintu sempadan Wang Kelian dibuka, sebanyak 12 pengembara (pelancong) dari Thailand menjadi kumpulan pertama  masuk ke Malaysia hari ini.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib berkata, ia melibatkan enam lelaki dan enam perempuan.

“Kesemua penggembara ini telah melepasi semua prosedur SOP yang ditetapkan,”katanya.

PENGGEMBARA dari Thailand beratur di kaunter Pos Imigresen Wang Kelian.

Tinjauan SUARA MERDEKA mendapati, ada kalangan dalam kumpulan pertama ini kelihatan agak resah semasa beratur menunggu giliran di pos sempadan Imigresen.

Kemungkinan berlaku kebimbangan memandangkan pada sebelah pagi, ada beberapa orang warga Thai terpaksa berpatah balik kerana tidak memenuhi prosedur SOP.

Salah seorang penggembara menjalani ujian RTK di Pusat Swab Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian.

Bagaimanapun masing-masing sedia mengimbas aplikasi kod QR MySejahtera di telefon bimbit  bagi kemudahan dalam pematuhan prosedur SOP.

Setiap seorang juga melepasi setiap pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) dengan mudah sambil dibantu oleh petugas.

SAPEE YAAKOB

Sebaik selesai semua ini, semua mereka dibawa untuk menjalani ujian RTK di Pusat Swab Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian.

Sementara itu, salah seorang yang ditemui, Sapee Yaakob dari Pattani berkata, beliau bersyukur kerana dapat memasuki Malaysia dengan selamat.

“Saya akan ke Kuantan, Pahang untuk bekerja di sebuah restoran di sana,” katanya.

Beliau berkata, sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia pulang ke kampungnya.

Sapee memberitahu dia telah melakukan PCR yang diwajibkan itu di Hatyai. – SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button