fbpx
Nasional

Hanya 10 peratus guna pengangkutan awam ketika PKP

HANYA 10 peratus penduduk di Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam di bawah syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Begitu mendadak pengurangan yang berlaku terbadap penggunaan pengangkutan awam di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Kemudian apabila PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, peningkatan berlaku apabila tambahan 10 peratus lagi penumpang.

Perkara itu menandakan beberapa sektor ekonomi mula dibenarkan beroperasi menyebabkan pengguna perkhidmatan awam meningkat.

Kemudian, sejak PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun lalu, jumlah penumpang meningkat sehingga 250,000 orang.


BACA > Pemain Spurs sah bebas Covid-19 — Suara Merdeka

“Dan bermula hari ini, kita jangkakan lebih lagi akan menggunakan perkhidmatan dibawah Prasarana disebabkan hari ini ramai akan mula bekerja.

“Kalau pun peningkatan akan berlaku, ia tidak akan secara mendadak. Sebab ia akan mengambil masa. Kita juga maklum dengan keadaan ekonomi ada yang terjejas.”

Kata Ketua Pegawai Operasi Prasarana, Muhammad Nizam Alias, dalam sidang akhbar sempena pelancaran perjalanan penumpang menggunakan pas My30 di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) hari ini.

Bagaimanapun, beliau memahami PKPP masih lagi berkuatkuasa dan terdapat sektor ekonomi terjejas akibat pandemik Koroanvirus (Covid-19).

Namun Muhammad Nizam menzahirkan keyakinan, jumlah akan meningkat memandangkan hampir semua sektor ekonomi dibenar beroperasi.

BACA > SPR edar 20,990 kad mengundi PRK Chini — Suara Merdeka

“Mungkin ada yang tidak beroperasi lagi. Jadi untuk kembali kepada peratus atau angka yang asal mungkin akan mengambil sedikit masa.

“Tetapi kita optimis dengan pengenalan produk My30 pada hari ini ia akan menggalakan lebih ramai untuk keluar menggunakan pengangkutan awam,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri memperkenalkan inisatif khas My30 khusus buat rakyat Malaysia bagi merangsang semula operasi ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

BACA > Empat saksi setuju transaksi tiada menyalahi undang-undang — Suara Merdeka

Menerusi Pelan Jana Ekonomi Semula Ekonomi Negara (Penjana), kerajaan menyediakan skim bayaran RM30 bagi menggunakan pengangkutan awam seliaan Prasarana bagi tempoh sebulan bermula hari ini hingga 31 Disember 2020. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button