fbpx
Nasional

Hantar pulang mahasiswa secara berperingkat

PIHAK kampus universiti atau kolej diseluruh negara wajar menggerakkan aset mereka untuk menghantar mahasiswa masing-masing pulang secara berperingkat.

Sebelum dibenarkan balik, mereka wajar disaring terlebih dahulu bagi memastikan bebas daripada jangkitan wabak Koronavirus (Covid-19).

[BACA] Mahasiswa rayu dihantar pulang — Suara Merdeka

Dengan langkah sedemikian, risiko pembawaan jangkitan dapat dikurangkan dan mahasiswa boleh pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Demikian saranan Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Faisal Mohamed Fiah, yang meminta mahasiswa dibenarkan balik segera.

Menurutnya, kini mahasiswa berhadapan dengan tekanan sama ada yang tinggal di dalam kampus ataupun menyewa diluar.


[BACA] Ibu bapa rayu kerajaan diberi peluang pelajar pulang — Suara Merdeka
[BACA] Khidmat gunting rambut, dobi dibenar semasa PKP — Suara Merdeka
AHMAD FAISAL

“Mungkin setiap kampus boleh sediakan kenderaan dan menghantar mahasiswa masing-masing secara berperingkat mengikut lokasi bandar utama dahulu.

“Kemudian, ahli keluarga akan ambil anak mereka di lokasi yang ditetapkan. Tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambah Ahmad Faisal, langkah ini mengurangkan risiko jangkitan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memudahkan pengurusan kampus.

“Kerajaan perlu ambil berat mengenai kesihatan mental mahasiswa. Mereka risau, begitu juga ibu bapa lebih-lebih lagi bulan puasa semakin hampir.

[BACA] Jalan alternatif sempadan Perak, Selangor ditutup — Suara Merdeka
[BACA] Noraini mahu mahasiswa dibawa pulang — Suara Merdeka

“Tak perlu kurantin sehingga 14 hari, mereka bukan dari luar negara. Inilah masa yang terbaik untuk hantar mahasiswa pulang, kalau boleh bermula esok,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button