Parlimen

MP Jelutong pertikai Najib diberi 90 minit

AHLI Parlimen Jelutong RSN Rayer mempersoalkan jumlah masa yang diberikan kepada Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perbahasan peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Rayer yang merupakan Ahli Parlimen dari DAP mempertikaikan bekas perdana menteri tersebut diberikan masa yang lama berbanding masa yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Rayer yang merupakan peguam Guan Eng dalam kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah itu turut mengaitkan keputusan mahkamah terhadap Najib dengan jumlah masa yang diberikan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

“Sebelum itu atas isu peraturan saya ingin bertanya kenapakah Yang Berhormat Pekan diberikan 90 minit walhal ahli parlimen bagan diberikan 15 minit

“Adakah dewan yang mulia ini ingin mendengar syarahan daripada YB Pekan yang telahpun disabitkan dengan kesalahan. So saya nak tanya bagaimana kita mengatur masa tuan speaker,” tanya Rayer.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan beliau berlaku adil terhadap kepada semua pihak.

Jelas beliau, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh yang sama banyak dengan Najib yang mewakili Barisan Nasional.

Azhar juga berkata, beliau turut memperuntkan masa selama 30 minit kepada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ketua pembangkang diberikan 90 minit makan pembahasa di sebelah sana diberikan 90 minit.
“Malah saya menerima permintaan yb langkawi sebagai bekas PM untuk 30 minit saya setujui juga. Jadi kita adil dan saksama,” kata Azhar.-SM

 

 

(Visited 805 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button