Politik

Hannah terdesak guna gambar lama – Mahathir

Ketua Bersatu Bahagian Segambut Mahathir Mohd Rais menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkongsi gambar kedua-dua mereka turun menemui rakyat sebagai tindakan yang terdesak.

Mahathir berkata, tindakan Ahli Parlimen DAP kebudak-budakan hanya untuk meraih populariti politik.

“Hairan, kenapa Hannah Yeoh begitu terdesak sehingga menggunakan gambar-gambar lama sewaktu pemerintahan PH (2018-awal 2020) didalam posting menyerang saya sedangkan situasi politik semasa adalah berbeza.

“Keliru saya melihat seorang MP yang juga bekas Timbalan Menteri merangkap Speaker boleh bersikap kebudak budakan dan kurang matang sehingga sanggup melakukan serangan peribadi keatas saya untuk meraih populariti politik. Begitu risau dan gelisah melihat gerak kerja saya dan pasukan,” kata Mahathir.

Menurutnya, gambar-gambar turun padang yang dipaparkan di Facebook Hannah adalah gambar sewaktu zaman Kerajaan PH.

Mahathir berkata,  pemimpin akar umbi akur pada keputusan Bersatu mengambil keputusan untuk keluar dari PH. Keputusan itu hanya berkaitan kerja sama politik dengan DAP Segambut sahaja dan bukan memutuskan hubungan dengan pejabat Ahli Parimen Segambut.

Hannah dalam hantaran di Facebooknya berkongsi keratan layar hantaran yang dibuat oleh Mahathir ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan.

Dalam hantarannya itu, Mahathir antara lain memuji keupayaan Hannah dalam politik yang berhadapan dengan cabaran daripada pihak lawan.

Hannah bertindak demikian selepas Mahathir dilaporkan berkata, Hannah hanya sekali bertemu dengan rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Segambut.

“Janganlah sekadar memuji tinggi melangit ketika kami berkuasa dan menafikan semua kerja yang kami lakukan hanya selepas anda mengkhianati mandat rakyat.

“Jangan malukan diri sendiri dengan mendakwa saya tidak turun padang di kawasan saya. Walaupun platform media sosial saya memadai untuk menunjukkan sebahagian kerja saya, namun penduduk di Segambut lebih tahu menilai.

“Anda mungkin boleh berbohong dengan seluruh rakyat Malaysia, tapi anda tak mungkin boleh menipu penduduk di #Segambut. Biar gambar berbicara,” kata Hannah

Hannah berhadapan kritikan daripada pemimpin akar umbi Perikatan Nasional di Segambut selepas mendakwa Perikatan Nasional (PN) di kawasan Parlimen itu menerima peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada kerajaan pusat.

“Dua isu yg sehingga kini masih belum ada jawapan. PN Wilayah dibentuk 1.2.2021 namun, sehingga kini tiada lantikan penyelaras PN Parlimen.

“Siapa penyelaras PN Segambut yang dikatakan itu? Dari mana sumber RM3.5 juta yang dikatakan disalurkan kepada PN Segambut?” kata Mahathir.-SM

 

(Visited 848 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button