Nasionalpilihan

Semua MP akan terima dana bantuan yang sama tanpa mengira parti politik

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.

Muhyiddin berkata, perkara pertama adalah berkenaan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen di mana semua mereka akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.

“Pertamanya ialah mengenai peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Baru-baru ini saya telah mengumumkan pemberian peruntukan RM300,00 kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Peruntukan itu diberikan tanpa mengira parti politik bagi tujuan pembelian bakul makanan untuk diagih kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, atas semangat kerjasama bi-partisan di Parlimen dan keperluan untuk memperluaskan bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat dalam situasi pandemik, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.

Jelasnya, bagi Ahli Parlimen pembangkang, peruntukan untuk tahun ini akan dibuat secara prorata mengikut jumlah bulan yang berbaki. -SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button