Nasional

Hanifa, adakah banduan hukuman mati takut disaman? – Najib

KUALA LUMPUR –  “Adakah orang yang telah dijatuhkan hukuman mati takut disaman?”

Itu pertanyaan bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tuan Razak kepada Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

Ini berikutan cadangan Hanifa supaya Najib menfaikan saman fitnah terhadap bekas pegawai polis Azilah Hadri yang mendakwa beliau mengarahkan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berbanding membuat sumpah laknat.

“Nak tanya menteri PH yang “bijak pandai ini Adakah orang yang telah dijatuhkan hukuman mati takut disaman?”

“Menteri boleh pakai otak sedikit tak?” Kata Najib.

Semalam, Najib berkata beliau akan mengangkat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru untuk menafikan dakwaan Azilah.

Azilah, dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh Altantuya.

Bagaimanapun Hanifa berkata, rancangan Najib untuk membuat sumpah laknat esok hanya mempunyai sedikit nilai undang-undang.

“Anda tidak tertakluk kepada sebarang pemeriksaan balas.

“Najib boleh memfailkan saman fitnah terhadap penuduhnya jika dia percaya bahawa dia sedang difitnah. Ia diikuti di mana dia akan dikenakan pemeriksaan balas oleh peguam defendan,” kata Hanifa.

Najib mendakwa tujuan utama Azilah membuat akuan bersumpah mengejut itu ialah sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati dia.

“Dia bukan buat kerana dia sudah bertaubat dan sedia menerima hukuman,” kata Najib.

Semalam, Najib berkata beliau akan mengangkat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru untuk menafikan dakwaan bekas pegawai polis Azilah Hadri.-SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button