Politik

Netizen terkesan Maszlee letak jawatan

Desak menteri lain yang corot turut letak jawatan

TIBA-TIBA nama Maszlee Malik menjadi trending hari ini dan peletakan jawatan beliau menyebabkan warga maya di media sosial terkesan.

Ramai yang mengucapkan selamat dan menghormati keputusan menteri pendidikan itu selepas memegang jawatan 20 bulan jawatan itu.

Mereka menyifatkan Maszlee bukan orang politik tetapi lebih sebagai ahli akademik yang mahu mengubah sistem pendidikan negara ini, tetapi gagal berbuat demikian kerana menjadi mangsa kepada ganasnya politik negara.

foto dari twitter Muhamad Firdaus Ali

Maszlee yang jam terbang sebagai ahli politik belum cukup akhirnya tewas dengan sepak terajang politik dan menjadi menteri kerajaan Pakatan Harapan yang pertama meletakkan jawatan selepas kerajaan baharu dibentuk.

Ramai juga yang mendesak timbalannya Teoh Nie Ching turut mengikut jejak yang diambil Maszlee sebagai rasa tanggungjawab di atas kegagalan membantu menteri menguruskan kementerian yang besar dan sangat sensitif.

Netizen menyifatkan usaha Maszlee memulakan inisiatif makan pagi kepada pelajar dan menyediakan pembantu perkeranian kepada guru merupakan langkah proaktif untuk kebajikan guru dan pelajar.

Dalam pada itu netizen turut mendesak menteri yang corot prestasinya turut meletakkan jawatan khususnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang hanya dikenali kerana projek kereta terbang yang tidak menjadi.

Selebih daripada itu, sumbangan menteri berkenaan tidak langsung dapat dilihat, tetapi masih selesa dengan jawatan yang disandang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar  Datuk Seri Rina Mohd Harun  dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi turut disenaraikan sebagai gagal oleh netizen.

Sebelum ini dalam survei portal Malaysiakini turut meletakkan ketiga-tiga menteri berkenaan juga pada kedudukan corot.

 

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button