Nasional

Hamzah harap Acryl Sani dapat martabatkan nama baik PDRM

KETUA Polis Negara yang baharu dilantik Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani diharap dapat memartabatkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke peringkat yang lebih tinggi.

Harapan tersebut dizahirkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mahu melihat PDRM menjadi institusi utama yang dapat menentukan keselamatan dan keamanan negara.

“Tahniah dan selamat berkhidmat saya ucapkan kepada Inspektor Jeneral Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara yang ke-13.

“Semoga kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia yang diterajui oleh Inspektor Jeneral Datuk Seri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani dapat memartabatkan nama baik Polis Diraja Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi sebagai institusi utama yang menentukan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam dalam negara,” kata Hamzah dalam satu kenyataan.

Harapan berkenaan disuarakan selepas dua hari Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontraknya Isnin lalu.

Hamzah memberi jaminan Kementerian akan bekerjasama dengan PDRM untuk menjadikan pasukan keselamatan itu sentiasa mengikut peredaran zaman.

“Kementerian Dalam Negeri akan terus memberikan kerjasama erat dan sokongan jitu kepada Polis Diraja Malaysia dalam segala aspek bagi memastikan kekuatan pasukan Polis Diraja Malaysia dapat terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman,” kata Hamzah.

Hamzah sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas Abdul Hamid mendakwa berlaku campurtangan politik dalam urusan PDRM.

Serentak itu Abdul Hamid mencadangkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak lagi dipengerusikan menteri, sebaliknya individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim dilantik menduduki jawatan itu.

“Menteri sepatutnya menumpukan perkara berkaitan dasar, bukan terbabit dalam urusan pertukaran pegawai.

“SPP amat penting dan tidak boleh bermesyuarat selama satu dua jam sahaja kerana berpuluh-puluh kes tatatertib masih tergantung,” katanya dalam sidang media terakhirnya dengan media di Bukit Aman minggu lalu.

Hamzah yang menamatkan khidmatnya pada 4 Mei mengakui hubungannya dengan Hamzah kurang baik atau “bad blood”.

“Jangan megah sangat, (kata) kita menteri dalam negeri berkuasa sangat. Come on,” kata.-SM

 

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button