Hiburan

Abam Bocey meninggal dunia

PELAWAK popular dan juga ahli kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam meninggal dunia.

Berita sedih itu dikongsi oleh ahli kumpulan Bocey lain melalui instagram iaitu Ache dan Fad.

Astro Gempak memetik Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

(Visited 954 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button