Hiburan

Hampir temui perdamaian, Lesti Kejora gugurkan laporan terhadap Rizky Billar

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Indonesia hampir menemui jalan kedamaian apabila Lesti Kejora akhirnya menarik semula laporan terhadap suaminya, Rizky Billar.

Menurut Detiknews, selain menarik semula laporan tersebut, Lesti turut memaklumkan bahawa Rizky cukup bernasib baik apabila anaknya juga sudah memaafkan si bapa.

“Alhamdulillah, pada akhirnya saya memutuskan untuk menarik semula laporan ke atas suami saya.

“Walaubagaimana pun, suami saya, Rizky tetap bapa kepada anak saya. Dia juga sudah mengakui perbuatannya dan memohon maaf pada saya dan keluarga,” ujar Lesti.

Selain menunggu jawapan pihak atas untuk membebaskan suaminya, Lesti meminta agar kes berkenaan tidak dilanjutkan.

Rizky direman pihak polis dua hari lalu atas kesalahannya dan bagi pihak polis, pembebasan ke atas Rizky tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Terdahulu pasangan ini dikatakan bergaduh kerana Rizky berlaku curang dan setelah kantoi, Rizky bertindak ganas terhadap Lesti sehingga mengalami kecederaan yang teruk pada badannya.

Susulan dari kes tersebut, banyak stesen televisyen Indonesia menolak kehadiran Rizky untuk tampil di mana-mana acara bahkan Anugerah Pasangan Paling Romantik juga turut ditarik.

Dalam media sosial dan di mana-mana acara, pasangan ini selalu kelihatan romantik dan setelah terbongkarnya perbuatan Rizky yang membaling bola snooker kepada Lesti, semua pandangan berubah.

Rata-rata netizen Indonesia berpendapat Lesti harus meninggalkan Rizky kerana sikapnya yang melampau namun ada juga yang mendoakan yang baik-baik sahaja buat pasangan tersebut.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button