Nasional

Hampir satu juta penduduk Sarawak telah divaksin

Hampir satu juta penduduk di negeri Sarawak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sehingga semalam sejumlah 992,043 penduduk atau 35.2% populasi negeri itu telah mendapat suntikan pertama dan 240,232 atau 8.5% penduduk menerima dos kedua.

Menurut Jawatankuasa KHas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) sejumlah 7,593,179 dos vaksin telah diberikan kepada rakya Malaysia iaitu 5,463,128 dos pertama melibatkan 16.7% populasi dan 2,130,051 dos kedua melibatkan 6.5% populasi.

Semalam sejumlah 197,274 dos diberikan iaitu 154,270 dos pertama dan 42,995 dos kedua.


Kuala Lumpur di kedudukan kedua tertinggi dari segi jumlah dos iaitu 958,203 (54% populasi) dos pertama dan 179,423 (10.1) dos kedua.

Di Selangor sejumlah 880,954 (12.5%) telah disuntik dengan dos pertama dan 275,098 (4,2%) dos kedua.

Johor keempat tertinggi iaitu 429,951 (11.6%) dos pertama dan 224,441 (5.9%) dos kedua.

Sabah terus mencatatkan peningkatan pemberian vaksin dengan 375,267 (9.6%) telah mendapat dos pertama dan 180,825 (4.6%) dos kedua.-SM

 

 

 

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button