Politik

Perolehan projek rundingan terus PH 1.4 peratus – Guan Eng

PROJEK yang dijalankan secara rundingan terus sebanyak 101 ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dikatakan mendapat perolehan sebanyak 1.4 peratus.

Jumlah tersebut dikatakan berganda lebih banyak berbanding nilai yang diberikan kepada projek tersebut sebanyak RM6.6 bilion.

Hal demikian menjadi alasan bagi PH bahawa projek menerusi kaedah tersebut tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak.

Malah ia juga dikatakan tidak wajar untuk dipersoal kerana projek tersebut melibatkan urusan kecemasan dan berkepentingan awam.

Justeru, pemberian projek tidak melalui tender terbuka itu dikatakan bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

BACA > 101 projek dengan nilai perolehan RM6.61 bln diberikan secara rundingan terus di bawah PH

“Pengecualian daripada menggunakan kaedah tender terbuka (rundingan terus) dibenarkan oleh Kementerian Kewangan berpandukan garis panduan kerajaan yang dilampirkan.

“Ini adalah daripada laman web Kementerian Kewangan pengecualian daripada tatacara perolehan kerajaan yang juga terpakai sekarang.

“Iaitu tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan semasa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional.

“Melibatkan keselamatan negara khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kepakaran khusus iaitu di mana hanya seorang pakar itu boleh digunakan.

“Ini ialah untuk mengambil kira keadaan cemas, kalau bencana alam contohnya Sungai Kim Kim di mana kita berikan peruntukan segera ataupun Covid-19 di mana kita juga berikan peruntukan segera.

“Ini diluluskan kepada kepada pihak kementerian, bukan bila saya luluskan, saya akan lantik kontraktor, tidak. Kementerian akan uruskan.”

Begitu penjelasan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar hari ini di lobi Parlimen berikutan tuduhan yang diterimanya berhubung dakwaan 101 projek rundingan terus.

BACA > Rundingan terus: Pembangkang cabar menteri dedah nama syarikat – Suara Merdeka

Semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat mendedahkan terdapat 101 projek rundingan terus di bawah PH.

Projek tersebut didakwa diluluskan kementerian kewangan ketika PH menjadi kerajaan melibatkan jumlah RM6.6 bilion.

Belia berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Covid-19 Langkah Sementara di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Kenyataan Tengku Zafrul menyebabkan Dewan Rakyat kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangang bangkit mencelah.

Sementara itu, menurut Guan Eng, kos purata bagi setiap 101 projek rundingan terus itu hanyalah bernilai RM65.3 juta.

“Sepanjang 22 bulan kami memerintah dengan kata lain, kos purata projek rundingan terus di zaman PH adalah RM65.3 juta.

“Namun, berapakah peratusan RM6.6 bilion ini berbanding dengan nilai keseluruhan perolehan di bawah PH.

BACA > Rundingan terus: PCM lapor pada SPRM – Suara Merdeka

“Jawapannya ialah 1.4 peratus, rujuk jadual di bawah yang diperolehi daripada Laporan Anggaran Perbelanjaan 2018 dan 2019.

“Kalau kita lihat jumlah perolehan ialah RM477.4 bilion ini adalah jumlah. Sekiranya RM6.6 bilion jika dibandingkan dengan RM477.4 bilion hanya 1.4 peratus.

“Kalau kita tidak mengambil kira bekalan dan perkhidmatan hanya perbelanjaan pembangunan sahaja, ia hanya enam peratus.

“Tetapi, kita selalu angkat jumlah keseluruhan perolehan iaitu 1.4 peratus,” katanya.

Malah menurutnya lagi, jumlah projek rundingan terus PH tidak sebanyak yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu RM139.4 billion.

“Senarai seterusnya merupakan beberapa projek rundingan terus oleh kerajaan BN yang bernilai berbilion-bilion ringgit malah puluhan bilion ringgit.

BACA > SPRM minta senarai 101 projek rundingan terus – Suara Merdeka

“Ini saya bagi 12 projek di mana jumlah yang diberikan secara rundingan terus adalah sebanyak RM139.4 bilion,” tegasnya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu lagi, projek rundingan terus yang dilakukan kerajaan BN dahulu termasuklah skandal SRC International Sdn Bhd (SRC) dan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak).

Katanya, projek tersebut merupakan skandal pemasangan solar dekat sekolah di Sarawak yang juga kini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kes SRC Sdn Bhd (SRC) dan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak) yang melibatkan skandal rasuah orang kuat BN di mahkamah pun sudah bernilai RM1.2 bilion.

“Bandingkanlah 12 projek BN yang saya beri dengan 101 projek rundingan terus PH sebanyak RM6.6 bilion, kos purata setiap projek adalah RM65.3 juta.

“Semasa BN, 12 projek pun sudah RM139.4 bilion. Di bawah PH 22 bulan RM6.6 bilion kos purata setiap projek RM65.3 juta jauh bezanya antara BN dan PH,” jelasnya.

BACA > Rundingan terus: Guan Eng dakwa tuduhan cuba alih perhatian – Suara Merdeka

Semalam, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham diarahkan keluar dewan oleh Azhar Azizan yang cuba mententeramkan keadaan selepas berlaku kekecohan. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button