Uncategorized

Hampir 95,000 pemeriksaan pematuhan SOP, peraturan dijalankan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya seperti PDRM, RELA, APMM, JIM, PENJARA dan JPN telah melaksanakan hampir 95,000 pemeriksaan harian bagi memastikan segala arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi oleh semua pihak.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan media berkata, dari 1 hingga 17 Jun 2021, sebanyak 14,539 kompaun telah dikeluarkan dan 767 tangkapan telah dibuat oleh pihak PDRM atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.
Selain itu, Sekatan Jalan Raya (SJR) masih lagi dikuatkuasakan dengan tegas oleh pihak PDRM diseluruh negara termasuk penutupan 132 jalan- jalan kecil yang dikenal pasti menjadi laluan alternatif orang awam untuk melanggar larangan rentas negeri dan daerah.
Melalui rekod PDRM, sekitar 11,000 ribu permohonan harian untuk pergerakan rentas negeri dan daerah telah diluluskan hanya bagi kes kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.

PENGUATKUASAAN SOP DI KILANG-KILANG
Bagi memastikan pematuhan SOP oleh pemilik kilang dan premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ‘lockdown’, agensi penguatkuasaan KDN bersama jabatan yang lain telah memeriksa 48,770 kilang dan premis perniagaan di seluruh negara bermula 14 Jun 2021.
Daripada jumlah tersebut, sejumlah 7,387 kilang dan 41,383 premis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 21 tangkapan dibuat, dan 201 kompaun telah dikeluarkan terhadap kilang atau premis perniagaan yang didapati melanggar SOP. Selain itu, sebanyak 63 kilang dan premis perniagaan telah diarahkan untuk ditutup.
KDN memandang serius tindakan majikan atau kilang yang memberikan maklumat tidak benar untuk memperolehi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh PKP ‘lockdown’ dan mengabaikan pematuhan SOP.
Tindakan penguatkuasaan oleh pasukan pematuhan SOP akan terus diperhebatkan bagi memastikan penularan COVID-19 dalam kalangan kluster perkilangan dapat dibendung.

VAKSINASI AGENSI/JABATAN DI BAWAH KDN
Bagi melindungi petugas barisan hadapan di bawah KDN dan memastikan kekuatan pasukan penguatkuasaan dapat dikekalkan, sehingga 16 Jun 2021, hampir 85% atau 150,934 orang petugas barisan hadapan KDN telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Manakala 75% atau 133,781 orang daripada petugas barisan hadapan di bawah KDN telah melengkapkan suntikan dos kedua.
BIL AGENSI
2 JIM 4 RELA
PERJAWATAN
14,321
13,203
178,509
DOS PERTAMA
11,738
11,328
150,934
PERATUS (%)
81.96
85.79
84.55%
DOS KEDUA
10,976 8,427 133,781
PERATUS (%)
76.64
63.82
74.94%
1 PDRM
130,326 108,595
83.33 96,183
73.8
3 PRIDE
15,973 15,411
96.48 14,667
91.82
5 APMM
4,686 3,862
82.42 3,528
75.29
KDN juga telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) untuk pemberian vaksin kepada petugas- petugas kaunter perkhidmatan di KDN dan agensi-agensi di bawah kementerian yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual ditetapkan oleh Pasukan Imunisasi COVID-19 (CITF).
Kelulusan yang diterima oleh JKJAV ini bakal memastikan petugas dan pegawai KDN dapat terus melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat.

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button