Nasional

Hampir 70 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

BILANGAN populasi dewasa telah lengkap disuntik dua dos vaksin Covid-19 hampir mencecah 70 peratus.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 68.8 peratus populasi dewasa telah mendapat dua dos vaksin.

Manakala 88.3 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data yang dikeluarkan JKJAV menunjukkan seramai 16.107 juta orang rakyat Malaysia telah lengkap menerima dua dos vaksin sementara 20.677 juta lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Kelang yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mencatatkan 97.1 peratus populasi dewasa lengkap disuntik dua dos.

Diikuti Labuan (95.1 peratus), Sarawak (87.7 peratus) dan Negeri Sembilan (83.4 peratus).-SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button