Nasional

Hampir 5,000 cuba rentas negeri pada Jumaat diarah patah balik

HARI Jumaat lalu paling banyak kenderaan yang diarahkan berpatah balik semenjak Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebanyak 4,839 buah kenderaan cuba merentas negeri menjelang beberapa hari negara akan menyambut perayaan Aidiladha.

Ismail Sabri berkata, anggota dan petugas keselamatan negara telah diarah bersiap-sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung.

“Kerajaan menasihati orang ramai supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

“Peningkatan kes serta kluster yang disebabkan pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar agar semua pihak tidak mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.

Tambah Ismail Sabri, 62 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Semalam, 441 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 423 individu dikompaun manakala 18 lagi direman,” katanya.

Sementara itu sebanyak 32 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 Julai hingga 2 Ogos.

Sebanyak 16 lokaliti terletak di Perak iaitu di Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang dan Selama melibatkan Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20.

Di Mukim Batang Padang, daerah Batang Padang melibatkan Taman Tapah/Taman; Bunga Raya dan Kampung Datuk, Taman Sri Damai 1 /Taman Sri Damai 2, Taman Sri Tapah, Taman Tapah 2, Taman Sri Asoka, Kg Baru Kg Pahang, Kg Batu 5 Tapah Road, Kg Baru Pekan Getah, Kg Batu Melintang dan Kg Tanah Mas

Mukim Bidor, daerah Batang Padang melibatkan Taman Awam 3 Bidor/ Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor, Taman Bidor Jaya/Kg Cegar Tambahan/ Kg Cegar serta Taman Melor Fasa 1 yang terletak di Hilir Perak.

Terdapat 13 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD iaitu Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau yang terletak di Sipitang.

Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya, Kuarters Kilang Permai, Kaya Likas di Kota Kinabalu dan Kampung Solob serta Kampung Tunas Baru di Sipitang.

Turut dikenakan PKPD di Sabah adalah Kampung Muhibbah, Beaufort; Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat; Kampung Bakalau, Beaufort; Kampung Nosoob, Penampang.

Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau yang terletak di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Emperoh Nyiru Grait dan Kuching, Sarawak turut dikenakan PKPD.

PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 2 Ogos.-SM

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button