Nasional

Hampir 50% populasi Lembah Kelang terima dos pertama

HAMPIR 50 peratus penduduk Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan 67.2 peratus orang dewasa di kawasan tersebut juga telah disuntik dengan dos pertama.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sejumlah 4.140 juta (49.2 peratus) penduduk Lembah Kelang telah menerima suntikan dos pertama dan 1.239 juta (15.8 peratus) telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sejumlah 15.071 juta dos vaksin pertama dan kedua telah diberikan sehingga semalam dengan 20 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

Labuan merupakan wilayah tertinggi peratusan penduduk telah divaksin dengan dos pertama iaitu 60.1 peratus (59,884) dan 44.5 peratus (44,301) telah menerima kedua-dua dos vaksin.

Kemudian diikuti negeri Sarawak yang mencatatkan 56.5 peratus (1.591 juta) telah disuntik dengan dos pertama dan 34.3 peratus (967,201) telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Semalam sejumlah 299,593 dos telah diberikan kepada rakyat Malaysia ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Daripada jumlah itu 204,064 merupakan dos pertama dan 95,529 dos kedua.

Selangor masih mendahului negeri lain dalam pemberian vaksin iaitu 83,892 untuk dos pertama dan 24,552 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu 43,857 dos pertama dan 25,636 dos kedua serta Johor melibatkan 25,731 dos pertama dan 2,319 dos kedua.

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button