NasionalNegeriPendidikan

Hala tuju pendidikan penentu masa depan negeri dan negara

HALA tuju pendidikan masa kini adalah penentu kepada maju atau mundurnya sesebuah negeri atau negara pada masa akan datang.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titah memberi peringatan kepada semua supaya transformasi dan evolusi dalam sistem pendidikan masa kini sangat pantas bergerak seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Demikian titah perutusan Baginda sempena program SnappEd Chuping Valley Accelerator Educational Programme 2022.

Program itu dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama SnappEd bermula hari ini sehingga 4 November ini di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah, penganjuran program ini dilaksanakan buat julung-julung kalinya ini di Perlis amat releven dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahu golongan pelajar tampil sebagai insan yang holistik.

“Ia amat relevan dan menyokong Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang merupakan sebahagian daripada KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti,” titah Baginda.

Titah Baginda lagi, melalui TS25 juga diharapkan sekolah-sekolah berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran agar ia selari dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Raja Muda dalam titah juga yakin program SnappEd ini mampu memberi peluang dalam inovasi kepada para pendidik di Perlis pada semua peringkat baik di sekolah rendah mahupun menengah bagi memastikan kualiti pendidikan di negeri ini selaras dengan moto Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju.

Titah Baginda, ia juga bertepatan dengan matlamat ke arah kemenjadian murid yang dapat dicapai melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Baginda juga bertitah, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi akan sentiasa bermotivasi mencari solusi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan mencipta amalan-amalan baharu yang sesuai dengan keperluan murid demi menyediakan mereka dalam dunia realiti yang semakin mencabar. – SM

(Visited 652 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button