Politik

Hal Yang Berkait Dengan PRU-15 Akan Dibincangkan Secara Bersama – Ismail Sabri

Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apa-apa pun kita bincang dalam parti dulu. Parti pun belum bincang lagi, saya pun belum terima sebarang usul lagi termasuk dari sayap-sayap yang bersidang hari ini. Malam ini kita ada mesyuarat khas Majlis Tertinggi, kita tengoklah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh PRU-15 selepas menghadiri jamuan minum petang bersama naib-naib ketua bahagian sempena Persidangan Agung UMNO hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) diketuai presidennya Ahmad Al-Mubarak Mohamed Kunyi.

Pada pertemuan itu, Ismail Sabri menitipkan pesanan agar kumpulan itu mengambil peluang dalam memberikan kesedaran politik kepada mahasiswa di negara ini berkaitan perjalanan demokrasi.

Sementara itu, Ahmad Al-Mubarak berkata UMNOSiswa perlu menyampaikan mesej kepada mahasiwa berkaitan peluang diberikan kerajaan kepada golongan itu, antaranya pelaksanaan Undi 18 untuk dimanfaatkan apabila tiba PRU15 nanti. – BERNAMA

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button