Nasional

PIBKS, UPSI perlu sumbang idea baharu bagi bantu sektor pendidikan

Dalam menerapkan ilmu yang baharu kepada murid bagi membolehkan mereka menjadi seseorang yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diminta berperanan sebagai peneraju perubahan yang kreatif, inovatif, mesra teknologi serta mampu mencetus idea agar dapat membantu pelajar di masa hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata masyarakat perlu sedar akan pentingnya mengenang jasa dan bakti seseorang guru. PIBKS bertanggungjawab dalam memberi kesedaran ini.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Gerakan Massa #terimakasihcikgu 2022 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”

Ketika berucap beliau turut membacakan puisi “Guru oh Guru” karya Sasterawan Negara , Allahyarham Dr Usman Awang sebelum merasmikan majlis Pra Pelancaran Hari Guru 2022 Peringkat Negeri Perak atau Gerakan Massa #terimakasihcikgu di Dewan SITC, Kampus Sultan abdul Jalil Shah.

Katanya, kerja dan komitmen sepasukan yang aktif antara PPD dengan PIBKS Muallim bersama UPSI mampu bergerak kepada pemikiran alaf baharu dan cara kerja yang berintegriti dan bersepadu agar sama sama menuju budaya kerja yang jitu.

Beliau berkata penduduk dunia menghadapi cabaran yang semakin mencabar dalam bidang pendidikan kesan daripada pandemik Covid-19.

Justeru, katanya, ia menuntut warga pendidik berfikiran lebih positif, sentiasa peka dan futuristik untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang baru untuk merangsang pemikiran untuk melakukan pembaharuan dalam bidang Pendidikan dan pengajian murid.

Hadir sama Naib Canselor UPSI,Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Perak, Azmi Dahali; Pengerusi PIBKS Muallim, Prof Madya Dr Ghazali Din serta Norazam Mat Isa yang menjalankan tugas Pegawai Pendidikan Daerah Muallim.

Sementara itu, Pengerusi PIBKS Negeri Perak, Ramli Abd Rashid berkata, guru perlu bersatu dan bekerja kuat merealisasikan misi pendidikan negara menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Malaysia 2013 -2025 walaupun dalam keadaan norma baharu Pengajaran dan Pembelajaran(PdPr) akibat pandemik COVID-19.

Justeru, guru sebagai insan mulia wajar diraikan dan dihargai kerana memberi pendidikan terbaik kepada anak didik.

Katanya, program “Gerakan Massa #terimakasihcikgu” mencerminkan apresiasi terhadap mereka yang bekerja kuat di institusi perguruan, sekolah serta pejabat pendidikan daerah, negeri dan kebangsaan yang teguh berdiri bersama Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam menghasilkan modal insan terbaik negara.

“Misi PIBKS adalah untuk mewujudkan sekolah berkualiti berdasarkan anjakan sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa komuniti dan sektor swasta,” katanya.

Ramli turut merayu kepada rakan-rakan di institusi pendidikan swasta, ibu bapa, komuniti serta sektor-sektor swasta agar terus bersama-sama berbakti menghormati guru dan sekolah agar agenda pendidikan negara terus cemerlang.

Sebelum berbuka puasa, hadiri dihiburkan kumpulan Kesakti dari UPSI dan oleh kumpulan IsOne Voice yang ahlinya guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim (SKTM).

 

 

(Visited 783 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button