MahkamahNasional

Hakim benar Md. Rayhan direman 13 hari lagi

WARGA Bangladesh yang mencetuskan kontroversi menerusi penerbitan dokumentari oleh Al Jazeera, Md. Rayhan Kabir direman 13 hari lagi bermula esok.

Kebenaran reman sekali lagi itu diberikan Hakim, Saifulakmal Md. Said selepas tempoh reman 14 hari bermula 25 Julai lalu tamat semalam.

Permohonan yang dikemukakan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) bagi membantu siasatan itu asalnya adalah 14 hari namun hakim membenarkan hanya 13 hari sahaja.

“Permohonan reman itu dikemukakan selama 14 hari bagaimanapun Mahkamah Sesyen Pati yang membenarkan Md. Rayhan direman hanya 13 hari sahaja.

“Beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak Imigresen bagi tujuan siasatan dan kami telah menghujahkan apa yang sepatutnya untuk kami hujahkan membantah permohonan reman tersebut.

BACA > Bekas CEO syarikat direman kes rasuah RM10.47 juta pembelian tablet – Suara Merdeka

“Walaubagaimanapun hakim telah membenarkan permohonan reman yang mereka mohon 14 hari untuk 13 hari sahaja bermula esok.”

Demikian penjelasan peguam Md. Rayhan, Selvaraja Chinniah dan Sumitha Shaanthinni Kishna seperti dipetik laporan MalaysiaGazette hari ini.

Beliau dilapor berkata demikian ketika menemui pemberita di luar Mahkamah Sesyen Pendatang Asing Tanpa Izin di Semenyih, Selangor.

Sebelum ini, Md. Rayhan dilapor terlibat dalam rakaman program 101 East bagi dokumentari ‘Locked up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan agensi berita dari Qatar itu pada 3 Julai lepas.

Susulan itu, beliau diburu pihak berkuasa sebelum ditahan pada 24 Julai dekat sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Penahanan itu berjaya dibuat hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Imigresen.

BACA > Bapa hempas anak perempuan 7 tahun ke lantai didakwa hari ini – Suara Merdeka

Namun, Md. Rayhan dikatakan berada dalam keadan baik ketika berada dalam tahanan.

Malah mereka tidak menerima sebarang aduan daripada warga Bangladesh berusia 27 tahun itu.

“Kami telah jalan tugas kami, amanat kami menghantarnya pulang seberapa segera dan kita amat sensitif dengan keselamatan dia.

“Dia ditahan secara baik, tiada apa-apa aduan daripada anak guam,” ujarnya.

Bagaimanapun, Selvaraja dan Sumitha dilapor akan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak keputusan tahanan reman itu.

Menurutnya, mereka akan kemukakan alasan bagi membantah keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Pati hari ini dan penfailan permohonan dibuat petang tadi.

BACA > Nyawa di hujung tanduk: Majlis resepsi bertukar tragedi pahit – Suara Merdeka

“Jadi hari ini adalah permohonan baharu (daripada Imigresen) untuk Md. Rayhan.

“Kita akan buat satu semakan di Mahkmah Tinggi mengenai apa yang telah diputuskan hari ini.

“Kita akan hujahkan alasan-alasan kerana kita membantah atas dasar apa dan kita akan hujahkan di Mahkmah Tinggi.

“Petang ini saya failkan pemohonan saya,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan Md. Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya seawal 31 Ogos ini.

BACA > Md Rayhan Kabir dah ditahan – Suara Merdeka 

Ia susulan jadual penerbangan paling awal ke Bangladesh adalah pada tarikh tersebut. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button