Rencah Hidup

Tiga doktor dapat X70 daripada Sultan Johor

TIGA orang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah dan Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru menerima sebuah Proton X70 setiap sEorang daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kurniaan kenderaan berharga lebih RM100,000 sebuah itu sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan mereka di dalam pasukan perubatan Sultan Ibrahim.

Mereka yang bertuah itu adalah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif dan Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Turut menerima kurniaan itu adalah Dr. Jaidon Romli dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Kenderaan tersebut disampaikan oleh wakil Sultan Johor, Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan Sultan Johor sejak tahun 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Sebelum ini pada 29 September tahun lalu, media turut melaporkan Sultan Ibrahim mengurniakan 10 kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan berkenaan bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.

Pada 25 November tahun sama, Sultan Ibrahim mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.

Antara yang menerima kenderaan kurniaan baginda itu ialah Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr Mohd Firdaus Shamsuddin, yang masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Manakala Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.-SM

(Visited 869 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button