Politik

Hajiji contoh pemimpin yang diperlukan Sabah, negara – Azmin

KETUA Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Hajiji Mohd Noor merupakan contoh pemimpin yang diperlukan oleh Sabah dan negara.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata, Hajiji yang menang di kerusi Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu lalu merupakan seorang pemimpin yang tenang.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, menurut Azmin merupakan seorang yang mudah mesra  dan bersifat inklusif.

“Juga punya karisma yang tinggi dalam membuat keputusan. Inilah contoh pemimpin yang diperlukan Sabah dan juga negara.

“Saya yakin pengalaman dan dedikasi beliau akan mampu untuk memimpin negeri Sabah maju ke hadapan. Keprihatinan beliau akan menjamin kerjasama erat Persekutuan – Negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah semalam sebulat suara menamakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu di Istana Negeri pagi ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu sudah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada pihak Istana Negeri semalam.

“Alhamdulillah …..Yang di-Pertua Negeri sudah menjemput untuk memaklumkan saya bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.”

Kedudukan jawatan Ketua Menteri Sabah menjadi isu dalam GRS selepas Bersatu dan UMNO masing-masing berebut untuk meletakkan calon mereka menyandang jawatan tersebut.

UMNO akhirnya berkompromi dan memberikan jawatan tersebut kepada Bersatu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO menghormati keputusan itu selepas UMNO Sabah bersetuju dalam rundingan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS.

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas rundingan dibuat dalam kalangan ADUN GRS yang menang.

“Akhirnya, bersepakat mencalonkan Hajiji demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan selepas diabaikan kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebelum ini.

“Saya hormati keputusan itu atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang dipersetujui bersama.-SM

 

 

 

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button