NasionalPolitik

Pegawai PM lapor polis terhadap tiga portal berita

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus hari ini membuat laporan polis terhadap tiga portal berita yang dianggapnya menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai Ahli Parlimen Bera itu.

Laporan itu dibuat Mohammad Anuar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang.

Mohammad Anuar berkata, laporan polis itu merujuk kepada sebuah portal berita yang mengeluarkan laporan bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan’ semalam, dan diulang siar oleh dua portal lain pada hari sama.

“Berita ini adalah palsu dan kejadian dalam kenyataan itu berlaku ketika Perdana Menteri berada dalam satu majlis di Bera pada 29 Januari lalu.

“Pada sidang media itu juga, ketiga-tiga wartawan daripada portal itu tidak berada di lokasi dan telah memutar belit kenyataan sehingga menimbulkan kegusaran serta kredibiliti Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di hadapan IPD Dang Wangi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan itu. – BERNAMA

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button