Nasional

Lelaki terima rasuah RM112,000 ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Klang menahan seorang ketua bahagian perniagaan sebuah syarikat swasta kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM112,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 4 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan.

“Suspek telah meminta serta menerima rasuah yang didakwa sebagai elaun dan komisyen daripada sebuah syarikat pembekal yang beliau lantik bagi menjalankan kerja-kerja percetakan sekitar tahun 2017 hingga 2018,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok pada pukul 9.00 pagi untuk permohonan reman. – SM

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button