EkonomiNasional

Bukan Usus Babi, Tapi Gumpulan Susu Dipercayai Akibat Produk Rosak – JAKIM

Minuman Milo merupakan minuman yang digemari oleh orang ramai. Baru-baru ini telah tular satu dakwaan mengenai kandungan Milo kotak yang dikatakan mengandungi sesuatu seakan “usus babi”.

Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan penjelasan tersebut mengenai kemusykilan yang telah berlaku mengenai minuman Milo kotak berkenaan.

Hujung minggu yang damai ini, kami diajukan kemusykilan berkenaan produk Milo kotak didakwa mengandungi sesuatu seakan “usus babi”. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ianya adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk telah rosak.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan. Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1800883433 atau di https://www.nestle.com.my/aboutus/our-halal-commitment.

Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di negara ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button