BanjirNasional

Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan menurun

KEADAAN banjir yang melanda di Kelantan dan Terengganu dilaporkan semakin bertambah baik apabila terdapat penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat malam tadi.

Di Terengganu, mangsa banjir terus berkurangan kepada 5,170 orang daripada 1,288 keluarga setakat malam tadi berbanding 10,204 orang daripada 2,596 keluarga pada petang semalam.

Ketika ini, hanya tiga daerah di Terengganu yang masih terjejas banjir dengan 25 PPS beroperasi iaitu 19 di Hulu Terengganu, Dungun (empat) dan Kuala Nerus (dua).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, jumlah mangsa tertinggi ialah di Hulu Terengganu iaitu 4,846 orang diikuti Dungun (308) dan Kuala Nerus (16).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.

Sementara itu, di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend penurunan apabila 4,809 orang daripada 1,525 keluarga masih ditempatkan di 18 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat malam tadi berbanding 6,341 orang daripada 2,095 keluarga petang semalam.

Portal rasmi info banjir JPS melaporkan, hanya satu sungai utama di Kelantan iaitu Air Bol, di Jeli, berada pada paras waspada dengan merekodkan bacaan 71.3 meter (m). – SM

 

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button