Hiburanpilihan

Daripada sayang kepada benci, Iqbal dah kena sihir – Datuk Seri Vida

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali dengan nama DSV mendakwa bahawa Iqbal telah disihir sehingga membuatkan dia pergi ke rumah bekas Pembantu Peribadinya (PA) pada pukul 3.00 pagi baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, DSV menjelaskan dia mahu menyelamatkan Iqbal meskipun bekas PA itu menyatakan dirinya sihat.

“Demi untuk menyelamatkan satu kehidupan yang lebih baik, walaupun tuan punya diri cakap dia sihat. Benda sihir ni boleh bergerak ke mana-mana.

“Tapi muka, mata dia, kulit dia, perubahan dia daripada sayang kepada benci. Tak ada jodoh kita takyah gaduh, kita redha. Saya perlu terangkan kepada Iqbal bahawasanya dia memang kena sihir,” jelasnya.

Jelas DSV, orang yang telah melakukan sihir itu adalah orang yang sakit hati kepada dirinya kerana melihat kebahagiaan dirinya serta perniagaannya yang sangat maju.

Ujarnya, dia sendiri berasa hairan kerana masih ada lagu yang dengki kepada dirinya, meskipun segala yang diraihnya selama ini adalah hasil usaha yang dilakukannya.

Pada masa sama, usahawan berkenaan juga menerusi perkongsian video berkenaan turut menunjukkan wajah terkini Iqbal menerusi gambar yang diambil ketika beliau datang ke rumah bekas PA nya itu.

“Saya kenal dia (Iqbal) tujuh tahun, muka dan mata dia bukan hitam… kulit dia putih. Saya dah beritahu dia kena sihir dan ajak berubat, tetapi dia taknak.

“Saya cakap berubat tu bukan untuk dia nak kat saya, berubat pulihkan diri dia supaya dia tidak jadi seperti sekarang yang memburukkan saya, menghodohkan saya sebab selama ini dia sangat menjaga saya,” luahnya.

Jelasnya lagi, Iqbal juga dikatakan menjadi ‘orang tengah’ oleh seseorang yang ingin menjatuhkan perniagaan dan kebahagiaan dirinya.

“Saya maafkan tapi tolong jangan buat lagi boleh? Aku maafkan kau aku reda, halalkan apa kau buat jahat pada aku, nak jatuhkan aku, musnahkan bisnes aku. Kau datang minta ampun dah cukup,” ujarnya. -SM

(Visited 689 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button