Hiburan

Gara-gara melarikan isteri orang: Aktor akan dihadap ke mahkamah pagi ini

PADA kira-kira pukul 9 pagi ini nanti, seorang pelakon lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini atas kesalahan yang sangat ‘rare’, pelik iaitu melarikan isteri orang.

Memetik laporan BERNAMA, pelakon yang berusia 24 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azmi Yusof melalui satu kenyataan medianya..

Dia akan didakwa di Mahkamah Ampang pada 9 pagi esok, katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, BERNAMA melaporkan polis menahan lelaki terbabit selepas dia selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Pelakon lelaki ini pernah berlakon bersama aktor Nazim Othman dalam sebuah drama yang disiarkan di televisyen. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button