Alam SekitarHaiwan

Habitat musnah: ular sawa 250kg, 100kg ditemui

ULAR Sawa Batik atau nama saintifiknya Python Reticulatus seakan anaconda ditemui di Terengganu. Dua ekor ular bersaiz gergasi, masing-masing seberat 250 kilogram (kg) dan lebih 100kg.

Penemuan dua reptilian itu di daerah Marang mengejutkan beberapa pekerja di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka.

Difahamkan reptilia tersebut ditemui dalam tanah yang dikorek dan dibersihkan.

Menurut akaun laman sosial Twitter Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan bagi membantu menangkap kedua-dua ekor ular gergasi dan menyifatkan lokasi itu adalah sarang reptilian tersebut.

Hal ini kerana kawasan penemuan kedua-dua reptilian itu tidak jauh di antara satu sama lain.

Disebabkan habibat terganggu, kedua-dua ular itu dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Terengganu. -SM

(Visited 859 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button