Jenayah

Guru, jurukimia kerugian ribuan ringgit terjebak love scam

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA – Seorang guru wanita berusia 27 tahun menjadi mangsa terbaharu sindiket ‘love scam’ apabila
kerugian sebanyak RM42,000 minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, guru tersebut
terjebak apabila berkenalan dengan seorang suspek dikenali Albert A Adams menerusi lama sosial Facebook
pada 3 Mac lalu.

Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat sebelum menggunakan Whatsapp sebelum suspek memberitahu ingin memberikan hadiah kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.

Beliau berkata, hadiah yang dijanjikan kepada mangsa ialah kasut jenama Dior, Ipad Pro, kasut Adidas, barangan kemas, pakaian dan wang tunai berjumlah AS$3,000 (RM12,631.50).

“Suspek memaklumkan kepada mangsa, semua barangan itu telah tiba dan dikatakan ditahan oleh Kastam KL Transit kerana tiada sijil pengesahan.

“Justeru, suspek telah meminta mangsa untuk membuat bayaran secara berperingkat sejak 30 Mac hingga 1
April yang keseluruhan sebanyak RM42,000 bagi melepaskan barangan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan
hari ini.

Antara alasan bayaran adalah bagi pengesahan sijil barangan, peguam, barangan kemas, pengesahan alamat
penghantaran, tambahan barangan dan caj kelewatan pembayaran.

Katanya, sehingga kini barangan tersebut masih tidak diterima mangsa seperti yang dijanjikan malah suspek
masih meminta mangsa membuat bayaran RM5,000 tetapi tidak diturutinya kerana menyedari dia telah ditipu.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Sabtu lalu di Balai Polis Melaka Tengah dan kes disiasat
di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Dalam satu kejadian lain pula Sundra Rajan berkata, seorang jurukimia kerugian RM30,000 selepas diperdaya
sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya dia mempunyai tunggakan ‘coin base’ dalam kejadian awal bulan ini.

Menurutnya, wanita terbabit berusia 37 tahun menerima panggilan daripada suspek pada 1 April lalu yang
menyamar sebagai pihak Bank HSBC sebelum memberitahu mangsa mempunyai tunggakan sebanyak RM4,663.

Beliau berkata, wanita itu juga diberitahu ada transaksi menggunakan namanya namun mangsa menafikan pernah
membuka akaun bank terbabit sebelum dia disambungkan kepada pihak ‘Bank Negara Malaysia’ bagi tujuan
kemaskini maklumat.

“Mangsa kemudian diminta oleh suspek untuk membeli insurans sebagai perlindungan dan dia juga disambungkan
kepada seorang pegawai polis yang meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun bank.

“Mangsa tanpa rasa curiga telah memberikan nama pengguna, kata laluan serta nombor TAC kepada suspek
seperti yang diminta namun selepas urusan selesai dia membuat semakan akaun bank miliknya dan mendapati
terdapat pengeluaran wang berjumlah RM30,000,” katanya.

Menurut beliau, mangsa yang merasakan dirinya ditipu kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh,
dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan sebarang panggilan yang mencurigakan
dan membuat semakan nombor telefon terlebih dahulu di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule,”
katanya.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button